blog aku..

Friday 17 December 2010

baru lepas bace nota tentang ayah..
sebak rase hati nie..
1 hajat aku.. aku bisa diwalikan abah.. bisa bawa pulang anak aku menghadap abah.. dan bisa melihat anakku bermain bersama abah.. hajatku yg 1..

Wednesday 15 December 2010

perempuan

Perempuan.

Di kebanyakan ketika dan waktu,

Perempuan lah yang menyakiti perempuan
Perempuanlah yang menjatuhkan perempuan
Perempuan lah yang menghancurkan perempuan
Perempuan lah punca down kebanyakan urusan perempuan

Oh, ini antara perempuan dan perempuan
Aku tidak memaksudkan mana-mana lelaki di sini
termasuk lelaki bernaluri perempuan
Kerana bagi aku, naluri apa pun lelaki itu
Mereka tetap lelaki. Ku yakin itu.

Orang selalu menyebut,
Perempuan lebih memahami perempuan
Benar.
Adakalanya bagi aku,
Kerana memahami lah perempuan tegar menyakiti perempuan
Supaya mereka tidak mengalami kesakitan yang mereka beri
Biar perempuan lain yang rasa kerana
Jika lelaki yang rasa.. kesannya tentu saja berbeza.
Tiada makna.
Jadi untuk menambah perisa rasa,
Humbankan saja perit dan sakit pada perempuan juga
Barulah puas, barulah lega.

Ku hitung dengan jari jemari
Banyak juga sang pria yang menyakitkan hati
Namun banyak lagi perempuan yang menyemarakkan benci
Hingga ku kira makin beracunnya hati


Ya Allah, jauhkan aku dari perempuan-perempuan yang menyakiti kerana aku tidak mahu menyakiti mereka kembali kerana perempuan dendamnya bisa jadi api, sakit hatinya boleh memakan diri, emosinya boleh menjadi-jadi dan remuk hatinya boleh mengundang benci. Peliharalah aku dan perempuan-perempuan disekelilingku dari batu-batu api yang merosakkan hati kami. Lindungilah aku dan perempuan-perempuan disekelilingku dari hasad dan dengki pada kurang dan lebihnya sifat-sifat kami. Semoga kami tidak buta dalam menghakimi dan tidak kecewa pada kekurangan diri dan tidak berputus asa pada impi yang menjauh dari realiti. Ku mohon lagi berkali-kali pelihara aku dan perempuan-perempuan disekelilingku dan berilah kami hidup yang saling sayang menyayangi seperti tumpahnya kasih umi pada sang puteri. Bantu kami Ya Allah.

lelaki punyer cerita

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu.Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.



Friday 3 December 2010

love letter from me to u..

This is a loveletter from a boy to a girl. However, the girl's father does not like him and want them stop their relationship......and so..the boy wrote this letter to the girl..he knows that the girl's father will definitely read this letter..

1 "The great love that I have for you

2 is gone, and I find my dislike for you

3 grows every day. When I see you,

4 I do not even like your face;

5 the one thing that I want to do is to

6 look at other girls. I never wanted to

7 marry you. Our last conversation

8 was very boring and has not

9 made me look forward to seeing you again.

10 You think only of yourself.

11 If we were married, I know that I would find

12 life very difficult, and I would have no

13 pleasure in living with you. I have a heart

14 to give, but it is not something that

15 I want to give to you. No one is more

16 foolish and selfish than you, and you are not

17 able to care for me and help me.

18 I sincerely want you to understand that

19 I speak the truth. You will do me a favor

20 if you think this is the end. Do not try

21 to answer this. Your letters are full of

22 things that do not interest me. You have no

23 true love for me. Good-bye! Believe me,

24 I do not care for you. Please do not think that

25 I am still your boyfriend."

So bad!! However, before handing over the letter to the girl, the boy told the girl to "READ BETWEEN THE LINES", meaning-only to read 1.3.5.7.9.11.13.15.17.19.21.23.25. (Odd Numbers) So..Please try reading it again! It's so smart & sweet.... :) <3


Thursday 25 November 2010

perginya arwah..


beberapa ari lepas sy dikejutkan oleh mak dgn berita yg btl2 wat sy terkilan smpi saat nie.. arinie 25hb november 2010.. berita itu sy trima pada 22 november 2010.. sy akan ingt tarikh 2.. huhuhu perginya seorang sahabat dan juga saudara yg x de talian darah ngn sy tapi merupakan anak sedara abg ipar sy.. huhu pagi tersebut mak jerit kat sy. "ewa naqib meninggal" . pergh dr tido trus terbangun.. btl2 memeranjatkan sy.. rasenyer baru beberapa hari lepas sy chat ngn die kat fb.maybe 2 kali terakhir sy chat ngn die.. time 2 hari raye.. die tegor n bahan sy.. tapi sy merajok n x layan die. slalunyer sy akan ckp kalo sy nk away from keyboard tapi saat 2 sy biar je die.. die pujuk tp sy wat x tau.. huhu sedihnyer.. smpi skang sy ralat sbb kalo x leh chat puas2..
huhu kenangan sy ngn die ttp sy simpan..
sedekahkan al fatihah untuk arwah..

Wednesday 24 November 2010

x paham aku org mcm kau


huh tah kenapa tah rase cam annoying gile la kau nie.. cube la berbangga ngn ape yang kau ade.. bukan berbanggan ngn harte dari cucu cicit moyang muyung ko.. kalo ko usaha even harte kecik pon aku da salute ko.. huhuhu cam annoying plak aku bace blog ko.. asik2 citer sal kemewahan ko.. org lain kaye gak .. tapi diam je.. x kecoh pon..
x pe2 agaknyer umo ko x meningkat lg.. tapi why do i bother with dat.. hahha sbb da terlampau terok kot.. x nk nnti org kutuk2 ko.. sbb org mmg sllu kutuk ko.. cam sian lak.. x leh ke ko berserdehana sahaja.. sbb tgk kewangan ko mmg x pernah cukup.. aku de gak member kaye.. every week duit die byk je.. x pernah belapar sbb duit sentiase ade.. tp ko sentiase berlapar..ko nie sbnrnyer berlagak kaye ke.. aduh yg peliknyer abes 1 kaum ko plak cam2.. berlagak kaye..

x yah nk berlagak kalo sume 2 moyang muyung ko punyer.. even ko ade moto je pon tapi dgn usaha ko sendiri 2 baru kire berbaloi.. ha macam moto nie.. kalo ko beli ngn duit sendiri perghh mmg berbaloi la
sbb ko beli ngn hasil titik peluh ko..


Tuesday 23 November 2010

berbezanya semua ini

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)



Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)



Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)



Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat ,








suka dan sayang kita tidak akanCINTA pada seseorang itu… 

Saturday 20 November 2010

pulang 1

hye..
lmbt giler update pasal balik kg. hahahha
abes je final exam kemas2 barang trus cabut balik.. huhuh
tapi nk smpi ke marang 2 skit punyer lame..
hahhahha nie sume sbb manusia name ADI YUSOF
huhuhu
aku dok leh g 7E beli macam2.. pas2 g umah sewa..
jumpe kanak2 2 dulu b4 balik.. n pas2 g amik adi kat
YPK iNN die 2.. huhuh barang die saje da sekian.. penuh kete aku.. hahaha
lek luh... pas2 da smpi kat rusile.. leh plak die kate.. ehh tertinggal laptop.. mende yg paling berharga die tgal.. perghh mmg anak org KAYE....
hehheh pusing la balik amik laptop die.. lam kul 7 lebih gak la.. baru gerak..
huih.. aku drive dr tganu to kuantan...
penat 2 jgn ckp tapi berbekalkan semangat di hati..akan ku gagahi juga.. (ECEH AYAT X LEH BLAH..)
aku sptutnya amik kiri tapi sayangnyer.. terlajak.. then termasok ke tol.. ape lg.. ikot jauh la.. hahhha
padan muke.. tapi dok benti pas toll sbb aku da x larat nk drive.


chomelnyer aku..

nie gambar aku kat tol kuantan..da penat so park kejap amik gamba..hahahh

nie plak gambar adi kat tol.. atceli byk gmbr die lompat tp x jadi.. kang aku masokkan kang die marah lak.. hahhah




smbg di pulang 2.hehhe

Monday 15 November 2010

tunang org da la nie.. hahhaha

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.




Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

Sunday 31 October 2010

boyfren sy.

huih sakit ati aku nie.. abes pipi bf
aku kena langgar.. l
bodoh2..
rosak kete aku.. sok ko bayar ea..
ahh tensen..
nnti kang aku upload gambar kete kena langgar ea..
sian2..

Saturday 30 October 2010

manusia nie asal la bodoh sgt..
hei manusia sorang nie.. mmg btl2 bodo...
buat something x pikir panjang..
hurm aku pon x tau nk ckp pe..
macam2 da tindakan bodoh ko
menunjuk kan ko lemah...huhuhu
sian giler.. makin ko tunjuk ko hebat..
makin nampak ko lemah..

Sunday 10 October 2010

celaru

10/10/10
sume org suke tarikh nie... aku x pom

Tuesday 10 August 2010

Saturday 31 July 2010

Saturday 10 July 2010

patut x sedap..

huhu patut x sedap ati aku arinie.. huhu lam banyak2 kes aku arinie la aku paling susah ati.. mak n abah g kemboja.. tapi aku cam x sedap ati.. huhu pelik pon ade.. sbb aku rase kemboja 2 x la take time sampai 14 - 16 jam pon nk sampai.. huhuh puas aku call abg n kakak2 aku.. huhu dorang siap gelak2 lagi kat aku.. ape hal la dorang nie. las2 abg aku jis call die cakap mak nyer flight patah balik sbb de prob.. n tepat kul 12 mak msg cakap da sampai.. mau aku terus cal la ape lagi.. ingt aku je kena charge upenyer mak pon skali.. sian mak x de kredit.. sok masokkan la..huhu ermm td dgr sore mak tp x sempat dgr sore abah..huhu rindunyer.. nnti minggu nie nk balik la..nk jumpe mak n abah.. apehal aku sentimental sgt nie... adehhh
huhuh arinie macam2 jadi
huhu arinie x cukup tido sbb aku da set mind aku nk g amik asip pas2 so aku kerap la terjaga sampai la kul 12 kot aku bangun n tros online..huhu n kul 1 g makan istiqamah n pas makan aku n anis n mashie n fatin n yuyuk as a photographer...g kat lagoon amikk gambar..hehhe happening tapi teha x de.huhu pas2 g amik asp n dapat sakit tapi dpt gak slipper fipper asip bagi free
hehhehhe nk tau sakit pe.. mangga mude jatoh atas kepala... sakit giler .. asip wat.. sengal tolll.. da kantoi ngis dpn dorang.. huhuh
ermm balik 2 aku smbung ngan amoi g pandak.. perghh cam pusat pelancongan wlwpon x de resort kat citu yg berubah cume jalan n ade round about kecik..hhahha nnti aku amik pic ye.. letak kat blog.. hahha apehal rajin cam yuyuk nie letak pic lam blog..hehhe ermm tgu yg lain tp mashie got allergy so dorang yg lain x g..
hurm balik umah aku pon naik atas tgk harry potter n trun g lepak2 ngn yuyuk n fatin.. pas2 tah camne aku n yuyuk nk masak.. lain yg nk masak lain yg dapat..hahha nk ayam dpt telur ayam je..hhahhaha sib bek bukan telur atok..hhahhahahhaha
pas makan aku pon naik atas n tgk anis main laptop.. pas2 aku turun bawah tgk citer mende tah n naik sambung online..hhhuhuhuh penat tol arinie.....

ibu n abah I LOVE U......

Thursday 24 June 2010

teeet

nie maksud tulisan tgn aku..

1: Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan- Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

2: Tulisan Tajam/Leper- Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical).

3: Condong Kanan- Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.

4: Rapat-rapat- Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.

5: Huruf JGYZ yang sempurna - Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.

Wednesday 16 June 2010

Kata-kata tidak akan dapat pernah mendedahkan betapa aku menyesal untuk ini, dan saya menyesal yang mendalam dan kesedihan kerana banyaknya kesalahan dan saya telah menyebabkan kerugian.

Wednesday 9 June 2010

sian die..

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya. Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu menjawab, "Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?" "Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan. "Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur. Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat. Seorang polis menanyainya, "Apa yang terjadi?" "Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini." Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, "Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?" Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"

Sunday 6 June 2010

renung2kan

Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:

a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan a):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

*Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
*Anda tidak perlu bawa pingat.
*Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
*Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau
seksi.
*Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia
akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).Ia akan
berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang
tertentu.Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal,yang bermaksud:

Sabda Rasullah SAW:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu"

"Jika mayat itu seorang muslim,maka solat yang dilakukannya ketika beliau
masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di
sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan
kebajikan daripada sedekah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan
diletakkan di hujung dua kakinya.Ia akan didatangi malaikat dari aras
kepala,maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan
masuk."

"Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan,maka puasa berkata kepadanya:
dari arasku tidak ada jalan masuk."

"Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri,maka zakat berkata kepadanya:
dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung
kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan
masuk.Maka malaikat berkata kepadanya:

"Duduklah kamu.Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula
terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu
tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?"

"Maka berkata mayat itu:Tinggalkan aku sebentar,aku hendak sembahyang.Maka
berkata malaikat:

"Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab
dahulu apa yang kami tanya ini.

"Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:

"Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi
Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah
Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu:

"Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan
demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat InsyaAllah.Kemudian dibuka
baginya satu pintu syurga,maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah
janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.

"Maka bertambahlah gembira mayat itu.Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70
hasta dan disinari cahaya baginya

" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri
dan hujung kaki)

Saturday 5 June 2010

try

hurmmm petang td borak ngn sorang mmber.. yerl ank kate member baik 2 xla tapi boleh dijadikan mmber la...camnie citernyer... aku story hal aku kat die.. n korang tau x die kasi aku ide paling bernas.. die kate.. nape ko x try dulu.. atleast ko da try bile org tnyer ko ngan yakin leh jawap aku da try.. kalo ko x try lg org tnyer ko nk jawap pe.. ko jawap la.. ko akan wat tp sbnrnyer dr dulu ko ckp cam2
ko x try ponnn maknenyer ko mmg x try la..huhuhu
aku baru sedar camne kesudahan pon kite da cube.. berkat keyakinn 2 aku percaye tuha 2 maha kuasa n maha adilll... camne skali pon die ttp bantu umat2 die..huhuh balik pada citer try 2..

ape2 pon kite kena try.. kite x tau kesudahan sbb 2 kite kna paln..dari plan kite bertindak... pas bertindak n tetibe muncul keputusan n baru kite tau kesudahan.. n if x berjaya... kite cube plan lain.. terus kan mencube..

mane idea aku nie

huhh puas aku 2/3 ari nie ... idea aku ilang... mane nie... puas kau tgu2 idea aku x datang2...

Friday 4 June 2010

jejak kasih

hahhah nk tergelak la plak..
jejak kasih jadahnyer..ok2 back 2 story..hehhe
lame aku x jumpe kawan plkn aku nie.. punyer la rindu
last2 jumpe gak la tapi lam fb je.hehhe am... atau name saintifik die afham harun.hehhe
mampus marah aku kalo tau aku tulis blog pasal die.hahhaha
ok citer die camnie.. die jumpe aku n die add aku plak x la terus approve tp tgk btl2 dulu.. n baru la tau si am..heheh rindu kot kat die..perjalanan diteruskan.. aku pon approve n stat anta2 msg n tukar2 no fon.. siap chat lg kat lam fb n baru jap td gayut fon ngn die.. kejenyer gelak je..hahhaa
tapi siyes aku miss kawan2 aku... miss u alll..
nnti gayut lg..

Thursday 3 June 2010

qalys

(ha nampak x coklat kat tgn die tue)


hhehe sweet name.. sweet attitude but sombong giler..hahha 2 la anak sedare aku.. cayer la cakap aku manis je tgk die senyum.. manje je kalo korang punya coklat yg banyak lam poket.. tapi kalo korang garang+x de coklat atau pon korang sweet+ x de coklat.... die akan jeling je kat korang..siap pegang rambut yg x bape nk ade 2 n jalan lalu tepi korang tanpa tau korang sape.. even aku sendiri pon die sombong kot.hhahhah aku penah kena ngan die.. siap lalu jeling lg.. kalo pandang balik x pe gak nie siap jelir lidah lg.hahhah tadi die call aku suh nyanyi lagu die slalu nyanyi tue "mane talishhh mane talishhh"(mane qalys mane qalys) atau pon "ta yu sleeping ta yu sleeping "(are u sleeping, are u sleeping) tapi korang akan dengar rangkap 2 sampai la korang muak dengar n korang sendiri yg sambung lagu 2 jadi korang la nyanyi sebenarnyer.hahhaha td aku kena gak ngn die..last aku yg nyanyi.huihhh mak die plak siap ubah lagu 2..2 mmg cari pasal la sbb niat nk kenakan aku...

ade title ke?

kesilapan

hurmmm.. baru2 nie ade wat silap skit.. silap lam perhitungan hidup...yer la... terlampau terburu2. tue la org ckp sblm wat keputusan 2 pikir dulu..tkt x leh tarik da..huhuh mmg btl pon aku da wat keputusan 2 tp sbnrnyer ati aku x nk pon..huu rase beban yg besau sgt...entah la
sepatutnya aku x ckp pape pon tapi puas ditnyer member2 sume kate tarik balik cume ade segelintir je ckp ewa teruskan mane la tau keputusan ko yg nie ko anggap salah tp bagi kenikmatan kat ko seumur idop ko..huhuh bile pikir2 ade btl gak.. so aku teruskan gak...camne skali pon kena teruskan..x bek wat org lain sakit sbb takut diri kena balik..huuhuh

hantaran 20k tp kesudahannyer...

huhu 2 la hakikatnyer dunia skang....hantaran skit punyer mahal...
x tau nk cakap la...rm10 k....15 k ...20 k pon ade...hadoi..bagi org
kebiasaan duit 2 bapak la besau nilainyer....macam2 leh beli...
tp bagi org kaye celah ketiak je duit 2.hahhah hakikat sebenarnya..
punyer la payah nk cari duit...nk kawen la kate kan...huihhh camnie la..
duit nk g merisik..cincin..buah tgn ...duit minyak....tmpt tido....2 baru merisik..
kalo org yg ikot adat nk tunang n kawen asing2 nyer majlis..kalo da tunang bukan ke duit 2 kuar gak...ha blom campur lg belum kawen...da kuar ari2 g cari barang antaran same2 2 x guna duit ke...belanja makan... duit kete... parking.. kalo barang hantaran takat al-quran sebijik n kain sembahyang x pe la..ni x nk perfume.. handbag.. kasut.. jam.. hp.. kalo blej sume gajet yg latest kat pasaran nk masok lam hantaran.hehhe ( kalo aku ... nk kucing sekor) ha tgk betapa peliknyer barang hantaran skang..kalo la sume 2 murah x pe..nie x nk yg ori...( aku pom same sbnrnyer) perfume...nk hugo boss.. kasot nk jimmy choo yg punyer..x ke mati namenyer 2.
last laki g pinjam along..x pon pinjam bank..hheheh (bini along/ bank selagi hutang x settle) hurmmm pas2 kenduri grand nk wat kat hotel... ape2 hotel la....janji ala hotel...dewan besau....
( dewan tun teja kat jerantut) hahhaha ok la.... da kawen... goodies plak nk mahal...ala2 era gitu...opsss lupe plak dato ct nyer goodies lg best kot...hhahahha ermm alasan nk kasi org goodies mahal sbb nk org ingt..tp lame mane org ingt ko kasi 2..
ok pas 2 plak...da abes kenduri... nk honeymoon g bali...yer la janji naik aeroplane wlwpon g langkawi je..hahhahahah yerla nk grand kan... org anta g airport pdhal kat mane je...sblh klia 2... ape ke namenyer...da abes honeymoon elok mengandung...barang anak grand nk mampos...
beli baju anak jename ape..poney....lg byk lagi la... elok anak belom lahir da lafaz cerai...huhuh abes sume perbelanjaann b4 kawen.. da kawennn n after beranak 2 lesap..huhuhu punyer la hantaran mahal tp last2 cerai....adoiii...

2 la fenomena yg berlaku skang..mane x nyer astro siap kuar citer lagi...."dari fail mahkamah syariah" .... adoi yer la..pendapat aku x same ngan org astro 2...maybe die nk bagi tauladan kat org luar...hhuhuh da jadi cam rutin plak pas kawen cerai... seronok sgt ke turun naik mahkamah 2....

bile la macam2 jadi golongan remaja takut untuk berkahwin sbb takut ape yg sering berlaku skang jadi kat dorang plak...

Wednesday 2 June 2010

teeetttt

ok skang da masok frasa lain.huh
setelah 22 tahun aku hidup kat bumi nie..
baru aku sedar sebenarnya umur aku semakin meningkat...
sedikit sebanyak aku merase tertekan...huhu
mau x tertekan.. kalo da saban minggu asyik dgr member da kawen.
ehh si polan nk kawen la..ngn org kedah..
huhuh ehh yer ke..biar btll..ye la si pulun pon nk kawin gak ngn org johor..
huh cam 2 la dialognyer apabila aku terpaksa mendengar hebohan member2 seperjuangan time skolah dulu bercerita.. jeles?? ko gile kalo x jeles...da sah2 jeles nk mampus..org kawen 2 wehh..sedap kot dpt idup ngn laki yg dicintai..eceh...hheheh yerla.. atleast mude2 da x yah da pikir ngn sape nk kawen..nie x..masih lg x tau sape calonnyer..
nk kate kawan laki skit punyer ramai..skandal keliling pinggang...
tapi x de plak yg masok minang..
dan sekejap je berhubung pas2 da ilang...huhu muncul plak mamat baru..x dan nk syg lebih2 da ilang lg..huihhh org lain makin lame makin kuat ikatan nyer aku nie makin lame makin byk koleksi je..huwaaa nk ngs..huhu
tapi apepponn umur masih mude..enjoy dulu..
dapatkan degree dulu..jgn pikir lain..kalo btl milik kite dtg la nanti..jgn isau kawan2 ku..
hahha padahal ckp kat diri sendiri...
ewa jgn risau kawennyer ko 1 ari nnti.. skang berjuang tuk mencari ilmu dulu....

pemalas punyer org

salam.. sekarang saya sudah malas mau buka itu blog.... x tau nape padahal blog aku sendirik 2..hhahhaa tp x pe la..kat mane2 pon boleh coret kan. asalkan idea 2 dtg coret je la... sy suke gak tulis 2 tp bile sampai 1 tahap x tau ape yg ditulis.. merepek je lastnyer..huhuh makin hari makin bosan aku dok umah..nk berjalan umah akak aku kang same gak rutin harian aku.. huhuhu tp aku rase kalo dok umah aku lg bebas kot..hahha x la bebas mane.. baru nk pakai seksi skit..member abg da dtg..masok bilik tukar baju.. huhuh pas2 kang tukar lg baju..aku rase mak basuh baju aku bape helai agaknyer ekkk hehhe tp sib baik la cepat kering..yer la panas kan..bile malam je baru sejuk skit.. huhuhu tp kadang2 bengang gak..yela baru baju nk kering da org depan umah bakar sampah x ingt org..kalo bakar dpn umah sendiri x pe gak nie bakar depan umah aku....ingt pelupusan sampah ke... x de sivik btll...huhuu umah dorang skit punyer bersih ..yg bangang nyer g longgok kat tmpt umah aku..kang ikotkan moral aku tepek je depan dorang kang.. huhuh tp tahap kesabaran aku tinggi lg kot... sbb dr aku marah2 dorang pas2 mak membebel baik aku wat x tau je..hahhaha tp ade 1 masalah lg..kalo aku wat x tau pon same gak..wan aku pantang nampak bayang org..die pon mule bercakap... hahhah kadang2 sedap plak jadikan die bahan nk gelak..tp kadang2 aku tepek sbb bengang.. die x puehh ati tol ngn aku..ade je mende nk usik aku..sampaikan care aku makan pon die kesah..aku isi kicap lam nasik pon die nk kesah..2 da kire lebih la....huhu cepat la makcik aku amik die...nie x main pas2 je....adoi..x kan la x leh paham...nk tenteram time cuti sem pon x leh.. huhuh abah plak syok la..dan die bosan dgr 2 kang die g masjid..tgl la aku n mak..kete aku leh plak ang aku pakai bawak lari..jd x leh nk lari mane2.melainkan bilik aku..kunci n syok dok lam bilik..memontelkan diri..hahhah ermmm ehh tujuan asal nie td aku nk citer lain da jadi lain..hahhaha tp x pe la.... at least citer gak kan...
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).Kamu, tulang rusukku!Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lenatidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKImencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,tidak lagi merasakan sakit di hatinya...Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuksementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukanmasing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadimembosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dancinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulaimenjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuahpertengkaran WANITA lari keluar rumah.Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan sayalagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontanjuga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulangrusukku!!!"Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKImenyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telahtertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untukberpisah."Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kitaberpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusahamencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapisudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukanWANITA.Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di manabanyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya olehsebuah dinding pembatas.LELAKI : Apa khabar?WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?LELAKI : Belum.WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Sayaakan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamutahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salahseorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinyadan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit ituadalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnyadia patahkan.......Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kitacintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datangdi kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semuasudah terlambat....Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuhhati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata katayang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akanmenyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besarrisiko untuk kehilangan orang yang dicintai.Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding denganakibat yang akan diterima??

Friday 14 May 2010

atok n anas

sedar x sedar da nk cuti sem da ...da nk abes da sem 3...giler kejap je x rase pape pon...tau2 sudah mau cuti..atceli bukan pasal cuti...pasal kehilangan besar after dis..budak2 sem 5 sume da abes sem..kalo x de sangkut dorang bakal tinggalkan aku...(atok n anas je sbnrnyer yg aku risau)
huhuhu pasnie da x de da org aku nk tarik rambut...da x de da org nk teman aku makan...da x de da org nk kuar jalan2 makan aiskim kat mcd... da x de da org tua yg suke kentut... da x de da badut kaler merah 2...kalo leh sume nk MU..huhuh rindunyer la kat dorang pasnie..huhuhu
banyak kenangan ngan dorang...aku stat kenal atok dr ym..huuh ym sakan ngan die..pas2 anas... sem 2 aku da rapat ngan die..huhuh susah senang aku kat uitm tganu dorang yg tau...huhuh wlwpon bf de time 2 la...tapi dorang yg byk jaga aku...SAYANG ATOK N ANAS BYK2....

hurm

lame aku x balik kg..last study week aku dapat balik...bapak la sonok..huhuh
balik lam ceria wlwpon ati tgh susah..hhahahha
yahooo balik...

1st april 2010

april fool..
2 yg ade lam pale otak korang kan
hhuhuh tp pe jadi kat aku ritue btl2 menyakitkan
seluruh idupp aku..spruh ati aku ilang
ilang dibuang cam2 je...i think im strong enuf nk face mende 2
siyes aku ingt aku kuat..tp mende yg aku rase kuat 2
sbnrnyer melemahkan jiwa aku..
aku menangis aritue,...menangis setelah sekian lame aku simpan tangis 2..
bayangkan dr lan 2 aku lgsg x ngs tp 1 april remind me that my tear fall ...
huhuu m***e prgi dr idup aku...
die pergi tinggalkan luke kat aku..
time 2 aku g main bowling kat ter..tetibe aku dpt msg...atceli aku da ready nk trime msg die ari tue..
huhuhu tgk2 mmg aku dpt btl msg dr die...
bygkan hancur ati aku cam pin2 bowling 2
hancur kena bola aku walhal bola bowling
aku masok longkang..hhehheh...siyes la cam kena strike...
macam2 aku wat..aku nk lupakan die..aku pedih...
huhuhu sakitnya putus cinta tuhan saje yg tau..

Wednesday 3 March 2010

nurfatin aisyah bt khanafi.






name die fatin...
aku kenal die dr sem 1 lg..
mula 2 kenal die ena yg bawak
datang bilik...hhheehehe
pas2 aku just baik gitu2 je ngan die
tapi bile da lame2 aku pon baik btl ngan die...
sampai la sem 2 pon aku still baik ngan die
mane2 g pon ngan die...susah sonang pon ngan die
kalo gado 2 mmg punyer la sbb 2/2 keras kepala...

same2 panas...
tapi kejap je...x la berlanjutan...
ok la 2....
hehhehehehe
tapi bile naik sem 3 nie
aku da x ngan die sbb die da dok umah sewa..
huhuhu da jarang pillow talk ngan die...
x tau camne die kat sana...
g melawat die kejap2 je...huhuh
kalo time kelas jumpe la die...
ermmm harap2 persahabatan ini terjalin selama yg
mungkin...
l0ve u babe.....

Tuesday 23 February 2010

hehe
da lame aku x post blog nie..bukan pe bile nk post je setan cakap jangan post... g main mende lain..hahhah main tenet la....
nanti aku post sume skali gussstttt
byk mende nk citer nie...

Thursday 18 February 2010

I love you more than you can imagineWhen I see your face it
brighten up my dayI love you more than words can ever tellEven more than
what im
about to sayI don't remember the last time i felt like thisYou
make
me feel the
real meYou don't know how happy it makes meWhen I
can
share
things with
you,comfortablyI love the way you smileI
love
the way
you make
me laughAnd you
give me hope....When
things get a
little sadAll
of your hugs
makes me feel
freeFrom
all the drama and
trouble that life
brings my wayIf i
would have 1
wish
and one wish
onlyI wish for this
love to
be here to
stay

Monday 8 February 2010

in one nite..post all blog

pantai


heheh arinie aku x tau nape aku rajin sgt tulis blog...padahal bapak la segale malas aku nie..hehhehe smlm aku g pantai ngan sa n nadia..yer la sa ngah serabot ngan kacak die aku plak baru je melepaskan kacak aku..tapi pada mase same aku yg mintak..bangang tol..hhahahhajap2 nie aku tujuk pic dimane org yg keserabotan dok atas batu..

HUGO ADDICTED







HAHAHAH nie adelah sahabat...yg sangat2 kemaruk ngan losyen hugo aku.hahhaha



sian die terpakse berebut nk losen aku.hahhah nie kau masok kan pic die.kehkehkeh



anis jangan marah aku..






Tuesday 2 February 2010

durian on 30 jan 2010


(nie la durian yg banyak tapi makan 2 bijik je.hhahahha)







hehehe arinie aku jalan ngan teha nk g cari barang wat bbq..actly g cari kek je tok cik mashe nyer besday..hehhe pas2 yuyu anta msg...cari jagung kat marang...pas2 tnyer la nk beli bape rnggit...die cakap rm10...apejadah g marang semate2 nk beli rm 10.hahhaha x payah..g la jalan pasar payang..tgk2 de durian...hehhe ondaway nk balik 2 pe lg...durian sebijik pakcik.hhahahah


sodap wehhh


dapat free 1 lg bijik...sodapppp woooo..hehheh




da balik leh plak main2 sendawe sbb de bau durian lg.kahkahkah..


(teha ngah syokkkk makan durian.,)