blog aku..

Monday, 16 May 2011

cinta!

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu .kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri. Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah perasaanya sama seperti perasaan kita.. ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan. Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya. Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat. Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama .. tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti.. Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian....

Saturday, 14 May 2011

kulit dulu n kulit skang...

huhuh dulu kulit aku bapak la lawanyer.. HALUS JE...... skang.. warghhhh x sanggup.. huhuhu


sebab aku guna product nie.. mmg terbaik la kulit aku. smpi la nk masok sem 3 kat uitm

tah kenapakah.. kulit aku makin teruk.. org sume tanyer..
EHH ASAL KULIT KO EWA...
KUAT BERANGAN YE..

macam biase jawapan aku..
ENTAH.. DA NK JADI CAMNIE..
X LAME NNTI ELOK LA BALIK..

but thing getting worst.. arghhh
my skin become more dark and never return 2 old skin..





aku da makin tensen.. so stat cuti sem 5 nie aku pakai balik product 2..
alhamdulillah.. kulit aku makin ok..
semakin same da kulit aku ngn kulit badan. hahhah
tipu2.. sah2 badan lagi cerah sbb x kena panas.. skang aku da dpt balik kulit aku..
FATIN DA X LEH BAHAN AKU.. BLUUEEEKKKK

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

lamenyer!!!

wah lame x berblog.. ramai rindu aku nie.. hahahha
ye la slalu cuti sem banyak je aku pos.. kali nie.. ape pon x de..
hehhehehe nk wat camne.. nafsu tgk blog nie menurun..
x ransang aku lgsg nk menaip.. bile idea dtg nie cepat2 la aku taip. kehekhekehk..
okeh.2... nie nk citer sal aku balik dar Terengganu - Kuantan- Jerantut.. cam biase la..
balik umah cuti sem nie barang2 kalo x penuh bonet n seat blkg cam pelik. balik seminggu pon penuh nie kan balik sebulan. hahhaha okeh2.. enjoy da pic..


teha n anis
dorang lagi
my besfren ever
faizal a.k.a bf teha merangkak pembuli aku..
mate dorang bengkak
teha, mashie, anis, fatin
ye dorang lagi
mashie kate sedap dpt tium2.
love both of them
my partner

weh.. x nk da kena tium camnie
again
lagi?
ye lagi....
dan lagi..

hahha muak da korang tgk pic2 aku.. nnti nex post aku citer lagi ekk.. byk idea nie..

Tuesday, 19 April 2011

pempuan mulut jahat + kawan yg jahat = ewa..

HAHAHHA
ko kawan aku tapi aku hilang ko lam sekelip mate..
dendam yg ko kate sifat ko 2 cam pelik.. selame kenal x plak aku tau ko nie pedendam..
tapi x pe.. aku mintak maaf kirenyer aku tertinggi suara kat ko malam 2.. mmg salah aku.. aku admited mende 2..

tapi reason yg aku dgr dr ko kate aku wat ko cam org suruhan itu
SHIT

ko kate ..kalo aku kate 5 minit maknenyer ko kena siap gak lam mase 5 minit.. Hey jantam... nk tnyer.... ko pernah ke siap 5 minitt.. shame2 on u. sbb selame aku berkawan ngn ko.. x pernah pon ko siap 5 minit.. lebih dr sehari pon aku pernah tgu ko.. hahhaha bodohnyer alasan ko.. siyes bodo..

ko kate ko nk lempang aku.. lempang la.. skali ko sentuh aku.. balai beb.. hahhaha..

ko ajar aku mengungkit kan.. meh nk ungkit..
ko ingt time ko kat kuantan.. bape jam tgu ko weh.. ade ke aku tgal ko.. hahhahah kalo aku tau lagu nie jadi.. bek aku tgal je ko dulu.. bukan setakat tinggal kenal pon aku x nk.. bukan takat kenalll.. kawan pon x nk..
haih x reti la nk ngungkit mende2 lain la weh.. sbb yg lain2 aku halalkan..

one day time ko da dewase n matang..
time 2 ko da pikir balik ape ko buat nie..
ko mungkin nyesal sbb bile ko buat camnie..
ko da ilang aku.. ilang tuk selame2nyer...

aku sedekahkan ko air mate aku tuk ko 2 arinie.. tapi x untuk hari2 seterusnyer..
aku mintak halalkan ape aku pernah share ngn ko..
makan minum yg x terkire 2..

oh ya.. ko de mention ko berlembut ngn org.
ha.. nnti ko de kawan lain.. yg baik2 ngn ko.. eh.. yg manje2kan ko..
yg leh tgu ko lame2.. bukan cam aku. yg leh ttgu ko 5 minit je.. yg
slalu marah2 ko.. yg slalu tinggikan suara kat ko..ha.. yg x lawo n mulut cam chilake nie... hehhehe last but not least...

nk pesan je la..........
pasnie x yoh msg2 aku dah la..
kalo urusan yg penting pon sampaikan la kat sape2.... aku menyampah ngn ko............
ibarat ko nyampah kat aku.. same la cam2 aku rase..

ha nk cakap.. sal ko janji nk kuar ngn aku. ko rase aku sedih x....
entah la x tau nk ckp sbb aku rase kosong..
ko janji tp ko g ngn org lain.. ok fine.. x pe la..
ko de hak 2.. cume jangan berjanji ngn aku.
aku x suke org janji..tapi x buat..

da nk abes sem baru ko reveal sume.. sbb pas nie ko x kenal aku da kan. x jumpe aku da kan..
hhahah ye la da puas gunakan aku... hahahha
ye gak kan.. baru terpikir sume nie.. hamboiiii makkkk.. x baik pikir gitu..
tapi x pe la.. aku kan pempuan mulut jahat.. hahahah.. siyes aku meluat tgk muke ko..

aku doakan .. agar doa ko yg ko marah2 aku 2 termakbul.. ye la.. ko kan org teraniaya.. sbb aku da tinggikan suara kat ko.. da nk tinggalkan ko..


ops.. pempuan jangan jahat sgt mulut 2..


Friday, 17 December 2010

baru lepas bace nota tentang ayah..
sebak rase hati nie..
1 hajat aku.. aku bisa diwalikan abah.. bisa bawa pulang anak aku menghadap abah.. dan bisa melihat anakku bermain bersama abah.. hajatku yg 1..

Wednesday, 15 December 2010

perempuan

Perempuan.

Di kebanyakan ketika dan waktu,

Perempuan lah yang menyakiti perempuan
Perempuanlah yang menjatuhkan perempuan
Perempuan lah yang menghancurkan perempuan
Perempuan lah punca down kebanyakan urusan perempuan

Oh, ini antara perempuan dan perempuan
Aku tidak memaksudkan mana-mana lelaki di sini
termasuk lelaki bernaluri perempuan
Kerana bagi aku, naluri apa pun lelaki itu
Mereka tetap lelaki. Ku yakin itu.

Orang selalu menyebut,
Perempuan lebih memahami perempuan
Benar.
Adakalanya bagi aku,
Kerana memahami lah perempuan tegar menyakiti perempuan
Supaya mereka tidak mengalami kesakitan yang mereka beri
Biar perempuan lain yang rasa kerana
Jika lelaki yang rasa.. kesannya tentu saja berbeza.
Tiada makna.
Jadi untuk menambah perisa rasa,
Humbankan saja perit dan sakit pada perempuan juga
Barulah puas, barulah lega.

Ku hitung dengan jari jemari
Banyak juga sang pria yang menyakitkan hati
Namun banyak lagi perempuan yang menyemarakkan benci
Hingga ku kira makin beracunnya hati


Ya Allah, jauhkan aku dari perempuan-perempuan yang menyakiti kerana aku tidak mahu menyakiti mereka kembali kerana perempuan dendamnya bisa jadi api, sakit hatinya boleh memakan diri, emosinya boleh menjadi-jadi dan remuk hatinya boleh mengundang benci. Peliharalah aku dan perempuan-perempuan disekelilingku dari batu-batu api yang merosakkan hati kami. Lindungilah aku dan perempuan-perempuan disekelilingku dari hasad dan dengki pada kurang dan lebihnya sifat-sifat kami. Semoga kami tidak buta dalam menghakimi dan tidak kecewa pada kekurangan diri dan tidak berputus asa pada impi yang menjauh dari realiti. Ku mohon lagi berkali-kali pelihara aku dan perempuan-perempuan disekelilingku dan berilah kami hidup yang saling sayang menyayangi seperti tumpahnya kasih umi pada sang puteri. Bantu kami Ya Allah.

lelaki punyer cerita

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu.Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.