blog aku..

Wednesday 15 December 2010

perempuan

Perempuan.

Di kebanyakan ketika dan waktu,

Perempuan lah yang menyakiti perempuan
Perempuanlah yang menjatuhkan perempuan
Perempuan lah yang menghancurkan perempuan
Perempuan lah punca down kebanyakan urusan perempuan

Oh, ini antara perempuan dan perempuan
Aku tidak memaksudkan mana-mana lelaki di sini
termasuk lelaki bernaluri perempuan
Kerana bagi aku, naluri apa pun lelaki itu
Mereka tetap lelaki. Ku yakin itu.

Orang selalu menyebut,
Perempuan lebih memahami perempuan
Benar.
Adakalanya bagi aku,
Kerana memahami lah perempuan tegar menyakiti perempuan
Supaya mereka tidak mengalami kesakitan yang mereka beri
Biar perempuan lain yang rasa kerana
Jika lelaki yang rasa.. kesannya tentu saja berbeza.
Tiada makna.
Jadi untuk menambah perisa rasa,
Humbankan saja perit dan sakit pada perempuan juga
Barulah puas, barulah lega.

Ku hitung dengan jari jemari
Banyak juga sang pria yang menyakitkan hati
Namun banyak lagi perempuan yang menyemarakkan benci
Hingga ku kira makin beracunnya hati


Ya Allah, jauhkan aku dari perempuan-perempuan yang menyakiti kerana aku tidak mahu menyakiti mereka kembali kerana perempuan dendamnya bisa jadi api, sakit hatinya boleh memakan diri, emosinya boleh menjadi-jadi dan remuk hatinya boleh mengundang benci. Peliharalah aku dan perempuan-perempuan disekelilingku dari batu-batu api yang merosakkan hati kami. Lindungilah aku dan perempuan-perempuan disekelilingku dari hasad dan dengki pada kurang dan lebihnya sifat-sifat kami. Semoga kami tidak buta dalam menghakimi dan tidak kecewa pada kekurangan diri dan tidak berputus asa pada impi yang menjauh dari realiti. Ku mohon lagi berkali-kali pelihara aku dan perempuan-perempuan disekelilingku dan berilah kami hidup yang saling sayang menyayangi seperti tumpahnya kasih umi pada sang puteri. Bantu kami Ya Allah.

No comments:

Post a Comment